Salam semua...
Pak Long berdoa sakan agar semua dari kita berusaha seikhlas mungkin meletakkan Islam ditempatnya tanpa mengira ras dan anutan politik. Asalkan kita ni Islam, pemikiran kita perlu selari dengan kehendak Islam.
Pompuan dipandang tinggi dalam Islam, tapi kelaku hodoh dipandu nafsu yang meletakkan pompuan tu rendah dipandang hina.
Pak Long suka ingatkan, sekiranya umat Islam Malaysia bagai redha biarkan aksi yang boleh meruntunkan darjat wanita di pertontonkan ditanahair kita, maka kita telah termasuk dalam golongan orang orang yang bersubahat dengan meletakkan wanita ditempat yang hina. Bersubahat meletakkan wanita sebagai barang dagangan dalam negara yang kononnya Islam.
Inul nak mai ke Malaysia, Inul akan gelek gerudi di Tawau. Pak Long tak suka Inul bukan pasai nama dia tu Inul. Tapi Inul dah jadi ikon pada runtuhnya wajah wanita Islam dimata dunia. Ikon pada pemerdagangan tubuh wanita untuk dimamah jutaan mata diatas pentas. Pak Long jadi malu bagi pihak semua wanita Islam.
Pak Long rasa bangga semalam saja, beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik mengadakan
demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khauthar membantah konsert tersebut dan mendesak pihak bekuasa membatalkannya. Dan hari ni Pergerakan Wanita Umno bahagian Kalabakan pulak minta pihak berkuasa supaya
membatalkan konsert ‘‘ratu gelek’’ Indonesia Inul yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.
Baguih la dan Pak Long harapkan keikhlasan kita dapat meletakkan kembali Islam dinegara kita keatas landasan. Niat Pak Long ingin melihat Islam memerintah bukan diperintah akan terkabul sebelum pejam mata... insyaallah...
Lelaki pelindung wanita, lelaki pembimbing wanita. Nanti sat Pak Long nak pi tengok Mak Long hang makan apa dah... wassalam...